Sunday, February 10, 2008

Hantaran pertunangan Hadi & Zura - Hijau Putih

TEMA :Hijau + Putih

Open Concept


Selamat Bertunang kepada Hadi & Zura pada 8hb Februari 2008 di Pontian,Johor. Gubahan nampak agak sama dengan gubahan-gubahan yang lain.Namun penonjolan konsep alas tikar mini menampilkan sesuatu yang lain.Alas tikar itu juga boleh disewa dengan harga RM4.00 setiap satu. Kesemuanya 9 dulang hantaran bagi pihak lelaki. Nampaknya hijau masih menjadi pilihan untuk tahun 2008 ini.


Perfume Body Shop


Sirih Junjung


Bakul Buah


Telekung


Coklat & Puding


Congkak mini boleh disewa dengan harga RM 10.00. Sesuai dijadikan hiasan untuk sebranag jenis gubahan. Di sini kami menampilkan coklat Ferrero Roche yang dilekatkan di dalam setiap lubang congkak. Unik dan berseni! Kalau nak beli boleh hubungi kami.


Tepak Sireh













Sangkar Biru Turquoise

Kain sepersalinan

Duit Hantaran


Al-Quran & Rehal


Tempat Cincin

Telekung


TEMA: SANGKAR CINTA
BIRU TURQUOISE






Hantaran Perkahwinan Hafiz & Hana

KONSEP: NUSANTARA MODEN
TEMA: MAROON + SILVER

Selamat Pengantin Baru kepada Hafiz dan pasangannya. Majlis berlangsung pada 9hb Februari 2008 di Johor Bahru. Hantaran daripada pihak lelaki sebanyak 7 dulang.

Hantaran terdiri daripada senaskah Al-Quran,duit hantaran,perfume,CVT,Mary Kay,coklat,sirih junjung,sepasang kain dan jam juga sebentuk cincin dan seutas gelang rantai.Konsep masih lagi bersendikan kotak anyaman rotan di sulami dengan juntaian maroon,bagi menonjolkan imej nusantara.Bunga silver berkilat diselitkan bagi menampilkan corak moden.


Berikut adalah hantaran bagi pasangannya,Hana.Terima kasih sekali lagi kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menggubah hantaran untuk kedua-dua mempelai. Konsep yang diketengahkan bagi pihak perempuan adalah lebih kepada 'Moden Ekslusif'. Tiada dulang hantaran sebagai alas.Hanya bakul rotan menjadi sendi gubahan ini.




KONSEP:MODEN EKSLUSIF
TEMA:PUTIH + SILVER






Gubahan hantaran terdiri daripada 9 dulang.Antaranya sebentuk cincin,handphone,sebentuk jam dan wallet. Kain polka dot silver dan dihiasi bulu-bulu putih di sekeliling. Kalau kena tiup angin,bergerak-gerak!