Sunday, February 10, 2008

Hantaran Perkahwinan Hafiz & Hana

KONSEP: NUSANTARA MODEN
TEMA: MAROON + SILVER

Selamat Pengantin Baru kepada Hafiz dan pasangannya. Majlis berlangsung pada 9hb Februari 2008 di Johor Bahru. Hantaran daripada pihak lelaki sebanyak 7 dulang.

Hantaran terdiri daripada senaskah Al-Quran,duit hantaran,perfume,CVT,Mary Kay,coklat,sirih junjung,sepasang kain dan jam juga sebentuk cincin dan seutas gelang rantai.Konsep masih lagi bersendikan kotak anyaman rotan di sulami dengan juntaian maroon,bagi menonjolkan imej nusantara.Bunga silver berkilat diselitkan bagi menampilkan corak moden.


Berikut adalah hantaran bagi pasangannya,Hana.Terima kasih sekali lagi kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menggubah hantaran untuk kedua-dua mempelai. Konsep yang diketengahkan bagi pihak perempuan adalah lebih kepada 'Moden Ekslusif'. Tiada dulang hantaran sebagai alas.Hanya bakul rotan menjadi sendi gubahan ini.




KONSEP:MODEN EKSLUSIF
TEMA:PUTIH + SILVER






Gubahan hantaran terdiri daripada 9 dulang.Antaranya sebentuk cincin,handphone,sebentuk jam dan wallet. Kain polka dot silver dan dihiasi bulu-bulu putih di sekeliling. Kalau kena tiup angin,bergerak-gerak!


No comments: